Bekalan air yang terputus secara tiba-tiba memang boleh jadi gangguan besar, terutama sekali bila ia melibatkan perkara-perkara penting dalam kehidupan seharian.
Di Kelantan, Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bertanggungjawab dalam memastikan bekalan air berjalan lancar untuk setiap pengguna.
Namun, kadangkala pemotongan bekalan air berlaku atas beberapa sebab, dan ia boleh menjejaskan rutin harian kita.
Kami akan menerangkan punca-punca pemotongan air, bagaimana cara mengatasi pemotongan bekalan air Kelantan AKSB, dan langkah-langkah untuk mengelak masalah ini daripada berlaku pada masa akan datang.
Sebab-Sebab Pemotongan Bekalan Air oleh AKSB
Pemotongan bekalan air oleh AKSB biasanya berlaku atas dua sebab utama:
1) Pemotongan Atas Permintaan Pengguna
Pemotongan bekalan air atas permintaan pengguna biasanya dibuat apabila pengguna sendiri memohon untuk menutup akaun bekalan air atas beberapa sebab berikut:
- Jika pengguna berpindah ke rumah baru atau ke kawasan lain, mereka boleh memohon untuk menamatkan akaun bekalan air di premis lama bagi mengelakkan bil tertunggak di lokasi lama.
- Dalam kes yang lebih serius seperti kebakaran, bekalan air mungkin perlu dihentikan untuk premis yang telah musnah.
- Bagi pengguna yang tidak lagi memerlukan bekalan air di premis mereka, misalnya, pemilik premis yang sudah kosong, permohonan boleh dibuat untuk penutupan akaun.
Dokumen yang diperlukan untuk menutup akaun:
- Pengguna perlu mengisi borang penutupan akaun yang boleh didapati di pejabat AKSB.
- Pengguna juga perlu menyerahkan salinan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti pemohon.
2) Penguatkuasaan Pemotongan Bekalan
Selain daripada permintaan pengguna, pemotongan bekalan air juga boleh berlaku apabila pengguna gagal menjelaskan tunggakan bil dalam masa yang ditetapkan.
Ini adalah salah satu langkah penguatkuasaan oleh AKSB bagi memastikan pengguna membayar bil secara berterusan.
Pemotongan bekalan atas sebab tunggakan bil biasanya melibatkan dua kaedah utama iaitu:
- Clamp Stop-Cork
Kaedah ini melibatkan penutupan aliran air secara langsung di meter bekalan air pengguna. - Cabut Meter dan Pasang Plug
Kaedah ini pula melibatkan pencabutan meter air dan pemasangan plug bagi menghentikan bekalan air sepenuhnya.
Jika bekalan air telah dipotong kerana bil tertunggak, Anda boleh memohon untuk penyambungan semula selepas menyelesaikan semua tunggakan
Tips Mengelakkan Pemotongan Bekalan Air AKSB
Supaya Anda tak perlu lalui proses pemotongan dan penyambungan semula, berikut adalah beberapa tips untuk mengelakkan bekalan air dipotong:
- Pastikan Anda bayar bil air tepat pada masanya. Sekarang ni, pembayaran bil boleh dibuat secara online, di kaunter AKSB, atau di bank yang terpilih.
- Daftar autodebit untuk bil air Anda. Dengan autodebit, setiap bulan bil akan dibayar secara automatik dari akaun bank tanpa Anda perlu ingat tarikh bayaran.
- Kerapkan semak bil bulanan untuk pastikan tiada bayaran tertunggak.
Harap panduan ni membantu Anda mengurus bekalan air dengan lebih baik dan mengelakkan pemotongan bekalan pada masa depan