Kalau Anda pemegang kad kredit Maybank, mungkin Anda pernah berfikir tentang bagaimana nak meningkatkan had kredit kad kredit Maybank Anda.
Memahami proses dan langkah yang perlu diambil mungkin boleh jadi sesuatu yang memeningkan kepala.
Memanglah, kad kredit memudahkan urusan kewangan harian, tetapi ada masa di mana had kredit sedia ada mungkin tidak mencukupi untuk keperluan kita.
Masalahnya adalah, tanpa had kredit yang mencukupi, Anda mungkin terhad dalam membuat pembelian atau melaksanakan urusan kewangan tertentu.
Mungkin ada peluang-peluang yang Anda terlepas kerana had kredit terlalu rendah.
Kalau Anda tidak tahu bagaimana untuk meningkatkan had kredit kad kredit Maybank Anda, ia boleh menjadi masalah yang memenatkan.
Masalah utama adalah apabila Anda memerlukan had kredit yang lebih tinggi tetapi tidak tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Anda mungkin terasa terhad dalam membuat pembelian besar atau melabur dalam peluang-peluang yang memerlukan lebih banyak dana.
Keadaan ini boleh menyebabkan ketidakcekapan dalam pengurusan kewangan Anda.
Jadi, apakah penyelesaiannya? Artikel ini akan memberikan panduan yang mudah difahami tentang cara meningkatkan had kredit kad kredit Maybank Anda.
Kami akan menerangkan langkah-langkah yang perlu Anda ambil untuk mendapatkan had kredit yang lebih tinggi.
Naikkan Limit Credit Card Maybank Melalui Email / Kaunter
Pertama sekali, Anda perlu muat turun dan lengkapkan borang Peningkatan Had Kredit Maybank. Borang ini boleh didapati dalam dua versi, iaitu dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia.
Pastikan Anda lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.
- Muat turun: Credit Limit Increase Form (English)
- Muat turun: Borang Peningkatan Had Kredit (Bahasa Malaysia)
Dalam borang, Anda perlu pilih jenis permohonan yang sesuai dengan status pekerjaan Anda. Dokumen yang diperlukan berbeza bergantung kepada status pekerjaan Anda:
Jenis Permohonan | Dokumen yang Diperlukan |
---|---|
Untuk Pekerja Gaji Tetap | Slip gaji terkini (sebulan), atau |
Untuk Pekerja Gaji Tetap | Borang BE terkini dengan resit cukai rasmi, atau |
Untuk Pekerja Gaji Tetap | Penyata KWSP terkini |
Untuk Pekerja Lepas | Penyata bank tiga bulan terkini dan Borang BE terkini dengan resit LHDN (atau bukti pembayaran cukai) |
Untuk Pekerja Komisen | Penyata komisen enam bulan terkini |
Pastikan Anda lampirkan dokumen pendapatan yang diperlukan bersama-sama borang.
Setelah borang dan dokumen pendapatan lengkap, Anda boleh hantar borang tersebut bersama dokumen-dokumen pendapatan ke mana-mana cawangan Maybank atau melalui saluran-saluran berikut:
- Emel: mbbcardservices@maybank.com.my
- Faks: 03-7953 8640
- Mail: Pusat Kad Kredit Maybank, Tingkat 7, Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur
Memohon Peningkatan Had Kredit Melalui Maybank2u
Sekiranya Anda ingin naikkan limit kad kredit Maybank secara online pastikan kad kredit Anda belum expired sekiranya kad kredit Anda dekat expired sila renew kad kredit Maybank ye.
Lepas tu Anda boleh gunakan ciri dalam Maybank2u, ikuti langkah ni:
- Log masuk ke akaun Maybank2u Anda menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Anda.
- Selepas log masuk, Anda boleh klik butang Apply yang terletak di bahagian atas skrin.
- Anda akan dapati bahagian Cards. Klik pada pilihan Tingkatkan Had Kredit.
- Anda perlu memilih sama ada Conventional atau Islamik sebagai jenis peningkatan had kredit. Tetapi ingat, kalau Anda hanya ada kad kredit Conventional, opsyen Islamik akan disable.
- Untuk peningkatan had kredit, Anda perlu masukkan jumlah dalam Ringgit Malaysia (RM). Jumlah minimum yang boleh dimohon adalah RM2,000 dari had kredit sedia ada, manakala jumlah maksimum adalah RM150,000.
- Jika Anda hanya ingin meningkatkan had kredit pada Kad Utama (Principal Card) sahaja, Anda boleh tinggalkan ruangan Supplementary Credit Limit kosong.
- Di sini, Anda boleh memilih sama ada untuk membuat peningkatan had kredit yang Sementara atau Kekal. Dalam contoh ini, penjelasan diberikan untuk peningkatan Sementara.
- Kemudian, Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan. Pastikan semua ruangan diisi dengan betul.
- Semak semula semua maklumat yang Anda masukkan, buat permohonan, dan masukkan TAC sebelum mengesahkan permohonan dengan mengklik Confirm.
- Sekiranya permohonan berjaya, Anda hanya perlu mengklik Done untuk menutup proses peningkatan had kredit.
Dengan langkah-langkah di atas, Anda boleh memohon peningkatan had kredit kad kredit Maybank Anda dengan mudah.
Proses ini membolehkan Anda mendapatkan had kredit yang lebih tinggi untuk membuat pembelian lebih besar atau mengendalikan keperluan kewangan dengan lebih baik.
Jadi, jika Anda memerlukan peningkatan had kredit, jangan ragu untuk mengikuti salah satu daripada dua kaedah di atas.