Tukar no telefon BSN lama dengan yang baru kerap terjadi kerana pelbagai sebab, seperti no telefon lama sudah tak aktif, handpone hilang beserta no telefon atau no telefon disekat.
Lalu bagaimana jika no telefon lama tersebut berdaftar di perkhidmatan myBSN terutamanya untuk penerimaan kod TAC, apa perlu buat agar saya tetap dapat menggunakan myBSN seperti biasanya?
Sudah semestinya penukaran no telefon tersebut akan memberikan kesan kepada urusan perbankan terutamanya internet banking BSN sebab akan menyebabkan urusan penghantaran TAC akan mengalami masalah seperti kod TAC tidak masuk ke no telefon baru.
Nah, Perkongsian kali ini, kami akan kongsikan cara kemaskini nombor telefon BSN lama dengan yang baru agar transaksi online banking BSN Anda tetap berjaya.
Maklumat Tukar No Telefon BSN
Sekarang ini penukaran nombor HP BSN tidak lagi dibenarkan melalui mesin ATM BSN. Jadi sekiranya pelanggan mahu membuat urusan pertukaran nombor telefon bagi kegunaan perbankan internet myBSN pelanggan hanya dapat membuat penukaran di kaunter cawangan BSN yang berhampiran.
Kemaskini pendaftaran hanya boleh dilakukan melalui portal myBSN dalam tempoh 24 jam selepas urusan kemaskini maklumat yang dilakukan melalui kaunter cawangan BSN. Ingat, Anda hanya dibenarkan mendaftar satu nombor telefon bimbit bagi setiap pendaftaran.
Dan pendaftaran nombor telefon bimbit untuk TAC melalui myBSN. Tidak dibenarkan. Semua pendaftaran atau pertukaran nombor telefon bimbit untuk TAC hanya boleh dilakukan melalui kaunter BSN/Bank BSN.
Syarat Tukar Nombor Telefon BSN
Sila sediakan senarai syarat di bawah ini sebelum membuat kemaskini nombor telefon anda di cawangan BSN.
- Nombor telefon baru anda
- Kad debit atau ATM
- MyKad/IC anda
- Wang secukupnya
Kenapa perlu sediakan wang bagi penukaran no telefon? Kebiasaanya wang tersebut digunakan apabila ada caj, jika tidak ada simpan sahaja wang tersebut. Selain itu nombor telefon baru Anda mestilah aktif semasa proses penukaran nombor telefon lama dengan yang baru, proses pendaftaran memerlukan kod yang di hantar ke no telefon baru tersebut.
Waktu Opersai BSN
Perlu Anda ketahui bahawa waktu operasi cawangan BSN di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak ialah Isnin hingga Jumaat sahaja. Jadi jangan kunjungi bank pada hari tidak bekerja ya.
Cawangan-cawangan BSN ini dibuka dari jam 9 pagi hingga 4.45 petang.
Waktu rehat
Dan untuk waktu rehat bermula dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada hari Jumaat sahaja. Pada hari biasa, waktu rehat hanya 1 petang hingga 2 petang. Anda boleh rujuk waktu pengoperasian BSN melalui portal rasmi BSN.
Langkah Cara Tukar No Telefon BSN
Kami nasihatkan Anda untuk pergi ke cawangan bank BSN terdekat pada waktu operasi, jam 08:00 pagi agar Anda dapatkan no giliran pertama. Berikut merupakan langkah cara tukar nombor telefon BSN secara ringkas dan terbukti berjaya. Langkah-langkahnya sebagai berikut:
- Hadirkan diri ke cawangan BSN berhampiran. Anda hanya boleh tukar nombor telefon anda di cawangan BSN sahaja. Jasdi Anda perlu hadir ke bank BSN.
- Kemudian, bagitahu pegawai bank bahawa Anda perlu tukar nombor telefon BSN lama dengan yang baru bagi keperluan TAC.
- Pegawai bank akan berikan borang untuk mengemas kini nombor telefon Anda. Sila kemaskini maklumat no telefon Anda dan email, alamat sekaligus.
- Isi borang dengan betul, terperinci dan teliti. Sekiranya Anda temukan maklumat yang tidak di fahami, sila tanyakan kepada pegawai bank.
- Selepas Anda isikan borang tesebut, sila berikan kepada pegawai bank.
- Pegawai bank akan kemaskini maklumat Anda.
- Setelah selesai, anda boleh mencuba untuk login myBSN untuk membuat transaksi.
Saya telah kemaskini no telefon lama dengan yang baru, tapi kenapa saya tak dapat TAC di telefon bimbit saya, apa perlu buat? Sekiranya anda telah mengemas kini nombor telefon anda tapi masih mengalami masalah, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan BSN di 1300 88 1900.
Perkhidmatan Yang Disediakan di myBSN
Ramai yang tidak tahu, apa sahaja perkhidmatan yang terdapat di portal myBSN. Antara perkhidmatan yang terdapat pada perbankan BSN online adalah seperti berikut:
- Check Baki
- Pemindahan Dana
- Pembayaran Bil
- Pembayaran Kad Kredit
- Pembelian SSP
- Pembelian Pin
- Print Penyata Bank
- Top Up
- Check Pinjaman
- dan banyak lagi
Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga maklumat yang kami kongsikan diatas dapat bermanfaat untuk Anda.