Login Bank Islam Online
Login Bank Islam Online

Login Bank Islam Online

Posted on

Macam mana cara daftar Bank Islam online banking dan apa sahaja syarat-syarat yang perlu saya sediakan? Tak perlu risau, sebab dalam artikel ini kami akan kongsikan secara detail langkah yang perlu Anda lakukan untuk mendaftar dan log masuk Bank Islam online.

Bank Islam

Perlu Anda ketahui bahawa Bank Islam ditubuhkan pada 1 Julai 1993 di Malaysia. Bank Islam memberi solusi/penyelesaian bagi rakyat muslim di Malaysia agar dapat menggunakan perbankan berlandaskan Syariah. Sehingga kini, Bank Islam telah membantu banyak rakyat Malaysia dalam urusan perbankan online seperti menabung, bayar bil elektrik, top up dan banyak lagi.

Sayangnya bank pelanggan Bank Islam yang belum menggunakan perkhidamatan online banking sebab mereka belum tahu macam mana cara daftar dan login Bank Islam online. Bank Islam IB adalah perkhidmatan online banking yang dapat memudahkan pelanggan membuat sebarang transaksi perbankan secara online dan dapat digunakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Syarat Kelayakan Mendaftar Bank Islam IB

Syarat untuk mendaftar Bank Islam IB mudah sahaja, Anda hanya perlu sediakan:

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Akaun Individu Semasa/Simpanan atau mempunyai Akaun Tunggal
  • Mempunyai Kad ATM/Debit Bank Islam
  • Mempunyai PIN ATM

Itu sahaja ke syarat yang mesti sedia ada? Ya itu sahaja, mudah kan? Selepas Anda sediakan senarai syarat diatas, Anda boleh mula membuat pendaftaran secara online di BankIslam.biz

Cara Daftar Bank Islam Online

Ramai orang yang taip register bankislam.biz atau daftar Bank Islam online, sebetulnya kedua perkataan tersebut sama sahaja jadi jangan keliru.

Sila ikuti langkah cara mendaftar bankislam.biz berikut ini, kami nasihatkan Anda untuk gunakan laptop/komputer dengan sambungan internet yang baik agar proses pendaftaran boleh selamat dan berjaya.

  1. Layari laman website rasmi Bank Islam IB https://www.bankislam.biz
  2. Klik FIRST TIME USER
  3. Baca terma dan syarat yang dikemukakan. Lalu klik kotak setuju.
  4. Klik Continue.
  5. Masukkan no Kad ATM/Debit kad dan masukkan Nombor PIN ATM Anda.
  6. Kemudian isikan User ID, Kata Laluan dan ulang kata laluan untuk proses pengesahaan.
  7. Masukkan alamat emel Anda yang aktif dan no telefon bimbit Anda.
  8. Masukkan Kata Laluan Rahsia anda dan klik pada gambar rahsia yang dipaparkan.
  9. Buat tiga soalan rahsia beserta jawapan. Klik Submit
  10. Baca lagi butiran yang telah Anda masukkan. Jika telah betul, tekan Confirm untuk teruskan.
  11. Paparan Congratulation, your Internet Banking registration is successful. Yang bermakna bahawan pendaftaran Anda selesai.

Cara Login Bank Islam Online

Selepas Anda berjaya buat pendaftaran, sekarang cuba log masuk Bank Islam online. Langkah cara login Bank Islam online banking:

  1. Buka https://www.bankislam.biz
  2. PilihInternet Banking Login.
  3. Masukkan User ID, klik butang Login.
  4. Buat pengesahan Online Image dan Kata Keselamatan milik akaun Anda.
  5. Masukkan Password, klik butang Login.
  6. Sekarang Anda sudah berjaya login Internet Banking Bank Islam.
  7. Selesai

Soalan Lazim

Berikut adalah senarai soalan lazim yang kerap di tanyakan.

Macam mana jika dipaparkan maklumat pengguna tidak sah semasa pendaftaran bank Islam online, apa perlu saya buat?

Jika paparan tersebut muncul semasa Anda membuat pendaftaran, Anda dapat hubungi pusat panggilan Bank Islam di 03 2690 0900 atau emelkan kepada contactcenter@bankislam.com.my untuk bantuan. Pegawai Bank Islam akan segera membantu Anda untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Saya lupa password Bank Islam Online, apa perlu buat?

Sekiranya Anda terlupa password Bank Islam online, Anda dapat gunakan perkhidmatan reset password untuk mendapatkan semula hak akses akaun Anda. Sila sediakan kad ATM Debit/Kredit dan nombor telefon yang telah berdaftar di Bank Islam online.

Saya ingin mendaftar akaun internet banking Bank Islam, macam mana langkahnya?

Sila baca panduan langkah-langkah yang telah kami kongsikan diatas, hanya perlu 5 minit sahaja untuk mendaftar.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai login Bank Islam online banking, Anda dapat hubungi 3 2690 0900 atau emelkan kepada contactcenter@bankislam.com.my untuk bantuan.