Bila akaun AffinAlways Anda tiba-tiba kena block, memang boleh buat Anda panik, kan? Lagi-lagi kalau tengah ada urusan penting yang perlukan akses segera ke akaun bank.
Bila nak login tapi tak boleh, pasti rasa geram dan risau, lebih-lebih lagi kalau dah cuba banyak kali masukkan username atau password yang betul, tapi tetap tak berjaya. Dalam situasi macam ni, kita seringkali terfikir, “Apa yang salah?” atau “Kenapa tiba-tiba akaun saya kena block?”
Sebenarnya, masalah macam ni sering berlaku, dan kebiasaannya disebabkan oleh beberapa faktor biasa yang mudah nak selesaikan.
Salah satunya ialah kesilapan kecil semasa memasukkan butiran login, atau ada kemungkinan sistem bank mengesan aktiviti yang mencurigakan dan terus menyekat akaun untuk keselamatan.
Memang susah nak teruskan urusan tanpa akses ke akaun, terutamanya bila kita perlukan transaksi segera atau semak baki akaun.
Kami akan kongsikan cara-cara mudah untuk buka sekatan akaun AffinAlways Anda, supaya urusan perbankan Anda berjalan lancar semula.
Ikut langkah-langkah yang kami akan terangkan, dan masalah login AffinAlways yang kena block ni tak perlu buat Anda rasa stres lagi.
Kenapa Akaun AffinAlways Kena Block?
Biasanya, akaun Anda boleh kena block kalau:
- Terlalu banyak kali salah masukkan Username atau Password – Kalau sampai 3 kali berturut-turut salah, sistem automatik akan block.
- Akses yang mencurigakan – Kalau sistem rasa ada aktiviti mencurigakan pada akaun Anda, dia akan block untuk keselamatan.
Ini semua langkah keselamatan yang Affin Bank ambil untuk melindungi akaun Anda daripada risiko penipuan atau akses yang tak sah.
Cara Nak Buka Block Akaun AffinAlways
Kalau akaun Anda dah kena block, ikut langkah-langkah ni untuk dapatkan semula akses:
Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Affin Bank
- Dail nombor hotline Affin Bank: 03-8230 2222.
- Sediakan maklumat yang diperlukan seperti Username dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
- Pegawai bank akan bantu buka block akaun Anda selepas proses verifikasi.
Periksa Sambungan Internet dan Tetapan Komputer
Kadang-kadang, masalah login bukan sebab akaun kena block, tapi masalah teknikal macam:
- Internet tak stabil.
- Browser Anda ada masalah, macam cache atau cookies yang perlu dibersihkan.
- Browser tak update atau tak disokong oleh AffinAlways.
- Pastikan guna browser yang sesuai macam Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Safari yang versi terkini dan internet Anda stabil.
Reset Password
Kalau Anda terlupa password Affin Bank online dan dah banyak kali cuba login, pegawai bank mungkin akan suruh reset password.
Caranya:
- Pergi ke skrin login AffinAlways, klik ‘Forgot Password’.
- Ikut langkah reset, pilih samada guna Kad dengan PIN atau Soalan Cabaran.
- Cipta Password baru dan cuba login semula.
Tips Untuk Elakkan Akaun AffinAlways Kena Block Lagi
Nak elak masalah login lagi, cuba ikut tips ni:
- Gunakan aplikasi pengurus kata laluan (password manager) untuk simpan maklumat login.
- Jangan tekan butang “lupa password” kalau Anda tak pasti.
- Wi-Fi awam memang tak selamat. Pastikan Anda guna sambungan internet yang selamat dan peribadi.
- Tukar password setiap 3 hingga 6 bulan sekali untuk elakkan akaun digodam. Buat password yang kuat dengan kombinasi huruf besar, kecil, nombor dan simbol.
- Jangan biar akaun login lama sangat, terutamanya kalau guna peranti orang lain atau awam. Pastikan logout selepas selesai.
Hubungi Khidmat Pelanggan
Kalau Anda dah cuba semua langkah ni, tapi masih tak boleh login, tak payah tunggu lama-lama, terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-8230 2222.
Ini antara situasi yang Anda kena hubungi mereka:
- Akaun masih disekat walaupun username dan password betul.
- Tak dapat kod TAC untuk reset password atau pengesahan akaun.
- Ada aktiviti mencurigakan pada akaun, macam transaksi yang Anda tak kenal.
Pegawai khidmat pelanggan akan bantu Anda selesaikan masalah dengan cepat.
Salah satu kelebihan AffinAlways ialah Anda boleh akses akaun perbankan dari mana-mana je, asalkan ada sambungan internet. Tapi, pastikan ikut langkah keselamatan yang kami cadangkan untuk elakkan masalah login.
Kalau Anda ada masalah, terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan. Mereka sentiasa ada untuk bantu Anda.