Cara Dapatkan Bank Statement Maybank
Cara Dapatkan Bank Statement Maybank

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Online Cetak

Posted on

Banyak orang nak tahu cara dapatkan bank statement Maybank sebab penyata bank ni penting, terutamanya kalau Anda nak beli kereta, rumah, atau nak apply loan.

Dalam penyata bank Maybank ni, dia bagitau Anda pasal semua urusan kewangan Anda, tak kira duit masuk, duit keluar, tarikh penting, semua dia listkan dengan jelas.

Apa yang bestnya, Anda boleh dapatkan penyata bank Maybank dengan cara yang senang. Jangan risau, tak payah susah-susah nak pergi bank, beratur lama, tunggu giliran, apa semua tu.

Kami akan kongsikan dengan Anda langkah-langkah mudah cara nak dapatkan penyata akaun bank Maybank dengan cepat.

Apa Itu Bank Statement Maybank

Apa sebenarnya benda yang dipanggil penyata bank atau bank statement Maybank? Penyata akaun bank ni macam dokumen yang senaraikan segala urusan kewangan akaun Maybank Anda, termasukla jumlah duit masuk, duit keluar, tarikh-tarikh penting, dan macam-macam lagi.

Penyata bank ni biasanya penting, terutamanya kalau Anda nak buat benda-benda besar macam beli kereta atau rumah. Nak tahu kenapa? Sebab pihak bank yang bagi pinjaman tu nak pastikan segala-gala berjalan lancar. Ada a few things yang dorang nak check dalam penyata bank ni:

  • Amaun Baki Dalam Akaun – Dorang nak tengok ada cukup duit dalam akaun ke tak. Kalau akaun kering, susah la nak dapat pinjaman.
  • Transaksi Wang Masuk Keluar – Dorang nak pastikan duit masuk dan keluar dalam akaun tu stabil. Kalau ada banyak duit keluar, mesti dorang nak tau apa tu.
  • Pengurusan Kewangan – Pihak bank juga nak tengok Anda pandai urus duit. Kalau tak pandai, risiko dorang bagi pinjaman pun tinggi.

Cara Nak Cetak Maklumat Transaksi Maybank

Kalau Anda nak cetak maklumat transaksi Maybank, jangan risau sebab Maybank sediakan pelbagai cara yang senang. Ini adalah langkah-langkahnya:

Maybank2u versi Klasik/Lama

  1. Log masuk akaun Maybank2u Anda.
  2. Pilih Accounts & Banking.
  3. Klik GO di bahagian View Account Details.
  4. Pilih Transaction History.

Maybank2U yang baru

  1. Log masuk akaun Maybank2u Anda.
  2. Pilih Accounts.
  3. Klik My Accounts.
  4. Pilih More Options Menu (three dots) (The Preferred Account).
  5. Pilih View Details.
  6. Pilih Maklumat All Transaction History/Debit Card Transaction/M2U transaction. Cetak Maklumat Transaksi Maybank
  7. Pilih Last 30 days/Last 60 days/Last 90 days. Cara Print E-Statement Maybank
  8. Anda boleh print Transaction History dengan tekan butang print dalam browser yang Anda guna.

Cara Subscribe Penyata Maybank Online

Nak subscribe penyata Maybank online pun senang. Anda ikut langkah-langkah ni:

  1. Log masuk Maybank2u.
  2. Pilih e-Bills & Statements.
  3. Pilih Statements.
  4. Pilih e-mel yang Anda nak guna untuk terima penyata.
  5. Masukkan kata laluan.

Cara Nak Dapatkan E-Statement Melalui App Maybank2u

Kalau Anda lebih suka guna aplikasi Maybank di telefon Anda, ikut je cara ni:

  1. Muat turun aplikasi Maybank di Google Playstore atau App Store.
  2. Buka aplikasi Maybank2u di telefon pintar Anda.
  3. Masukkan nama pengguna dan kata laluan.
  4. Pilih menu Statement untuk lihat penyata akaun Maybank Anda.
  5. Klik menu View untuk lihat dengan lebih terperinci.

Cara Print Penyata Bank di Kaunter

Kalau Anda tak dapat print penyata bank melalui Maybank2u, jangan risau, boleh juga print di kaunter Maybank. Cara dia macam ni:

  1. Pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang paling dekat.
  2. Bawa kad pengenalan, kad ATM Anda, dan sedia kan wang tunai.
  3. Ambil nombor giliran dari mesin yang ada.
  4. Bila nombor Anda dipanggil, bagitahu kakitangan bank yang Anda nak print penyata bank.
  5. Kakitangan bank akan print penyata bank yang Anda perlukan.

Dengan Maybank, Anda memang boleh print penyata bank dengan mudah. Anda boleh pilih cara yang paling sesuai dengan keperluan dan keselesaan Anda, sama ada melalui Maybank2u, e-mel, atau di kaunter Maybank. Dengan langkah-langkah yang mudah diikuti, akses kepada penyata bank Anda adalah lebih senang dan cepat.