Kelebihan dan Keburukan Smart Meter TNB
Kelebihan dan Keburukan Smart Meter TNB

Kelebihan dan Keburukan Smart Meter TNB Bil Elektrik

Posted on

Okay, Anda pernah dengar pasal Smart Meter TNB? Ala, meter elektrik baru yang TNB tengah pasang kat rumah-rumah sekarang tu.

Teknologi baru ni, walaupun nampak canggih, ada pro dan kontra dia jugak.

Jom kita borak sikit pasal apa yang bagus dan tak bagus pasal Smart Meter TNB ni supaya Anda boleh faham betul-betul sebelum buat apa-apa keputusan.

Apa Itu Smart Meter

Senang cerita, Smart Meter ni meter elektrik yang lebih pintar. Anda tak payah risau dah pasal bacaan manual sebab meter ni akan rekod penggunaan elektrik Anda secara automatik setiap hari.

Lepas tu, dia akan hantar terus maklumat tu kat TNB guna gelombang radio. Semua ni Anda boleh tengok balik kat myTNB App atau portal myTNB.

Yang bestnya, Malaysia adalah negara pertama kat Asia Tenggara yang guna teknologi ni secara besar-besaran.

Negara-negara maju macam Amerika, UK, Jepun, dan China dah lama pakai, so Malaysia pun tak nak ketinggalan la.

Kelebihan Smart Meter TNB

Ramai pengguna elektrik kat Malaysia mula perasan bil elektrik mereka berubah sejak Smart Meter TNB dipasang, ni kelebihan Smart Meter yang patut Anda ketahui.

1. Bil Elektrik Lebih Tepat dan Cepat

Kalau Anda jenis yang selalu tak sempat cek bil elektrik dalam peti surat, tak payah risau lagi.

mart Meter ni akan terus hantar bacaan elektrik Anda ke TNB secara digital. So, Anda boleh cek bil tu bila-bila masa kat myTNB App.

Tak ada lagi isu bil lambat atau salah kira sebab semua data dihantar secara automatik.

Selain tu, tak payah tunggu abang TNB datang semak meter dah. Semuanya dah automatik, so tak ada masalah kalau Anda takde kat rumah masa tu.

2. Boleh Pantau Penggunaan Elektrik Harian

Salah satu benda paling menarik pasal Smart Meter ni, Anda boleh tengok penggunaan elektrik rumah Anda setiap hari.

Dengan maklumat ni, Anda boleh rancang penggunaan elektrik dengan lebih bijak.

Kalau nampak bil tinggi, bolehlah kurangkan guna barang-barang elektrik yang banyak guna tenaga.

Nak tahu berapa banyak elektrik Anda guna setiap bulan pun senang. Just buka myTNB App, semuanya ada kat situ.

3. Lebih Mesra Alam

Siapa yang tak nak jimat duit dan dalam masa yang sama tolong jaga alam sekitar, kan? Dengan Smart Meter, Anda boleh jimat tenaga dan kurangkan pembaziran elektrik.

Ini bukan saja bagus untuk poket Anda, tapi bagus juga untuk planet kita.

Lagi senang nak buat keputusan bijak bila Anda nampak sendiri data penggunaan tenaga setiap hari.

4. Ada Fungsi Bajet Tenaga

Dalam myTNB App tu, ada satu fungsi best namanya Energy Budget.

Anda boleh set bajet bulanan untuk elektrik dan aplikasi ni akan bagi tahu bila Anda dah hampir cecah bajet tu.

Jadi, Anda boleh kawal dan pantau supaya tak terlebih guna. Ini sesuai sangat untuk Anda yang nak pastikan bil bulanan tak melambung tinggi.

Keburukan Smart Meter TNB

Macam biasalah, tak semua benda perfect. Ada jugak beberapa kekurangan Smart Meter TNB yang Anda perlu tahu.

1. Bil Elektrik Tiba-Tiba Naik Mendadak

Banyak orang mengadu yang bil elektrik diorang naik lepas pasang Smart Meter ni.

Contohnya macam kisah Fadzil, yang selalu dapat bil bawah RM270 sebulan.

Tapi tiba-tiba bila Jun lepas, bil dia melambung sampai RM349. TNB dah semak meter tu, katanya takde apa-apa masalah, tapi bil tetap tinggi.

Lepas tu, Fadzil check kat Facebook TNB Careline, rupa-rupanya ramai juga orang lain yang alami benda sama.

Ada yang kata, bil diorang naik mendadak walaupun tak guna banyak elektrik.

2. Penggunaan Elektrik Dipengaruhi Cuaca dan Alat Elektrik

Kadang-kadang, peningkatan bil bukan salah Smart Meter pun. Mungkin sebab Anda guna lebih banyak elektrik bila cuaca panas, contohnya aircond jalan 24 jam.

Alat macam peti sejuk, pemanas air, mesin basuh, semua tu guna tenaga banyak, so bila Anda guna lebih, bil pun automatik naik la.

Tapi bila guna Smart Meter, bacaan akan jadi lebih tepat berbanding meter lama.

Kalau meter lama tu dah rosak atau tak betul, bila tukar baru, Anda akan nampak bacaan yang sebenar.

3. Isu Privasi dan Keselamatan Data

Ada jugak yang risau pasal data penggunaan elektrik ni. Sebab data dihantar guna gelombang radio, ada yang takut maklumat tu boleh diceroboh.

Walaupun TNB kata sistem ni selamat, Anda yang ambil berat pasal privasi mungkin ada kebimbangan tersendiri.

Adakah Berbaloi Guna Smart Meter TNB?

Kalau Anda nak kehidupan yang lebih mudah, lebih jimat, dan lebih mesra alam, Smart Meter TNB ni memang satu inovasi yang baik.

Dengan bil elektrik yang lebih tepat, Anda boleh rancang penggunaan tenaga dengan lebih baik dan elakkan pembaziran.

Tapi, Anda kena juga bersedia untuk hadapi kemungkinan bil elektrik naik, terutamanya kalau meter lama sebelum ni tak berfungsi dengan baik.

Apa pun, kalau Anda rasa bil elektrik ada masalah bekalan elektrik TNB atau tak puas hati, Anda boleh je hubungi TNB Careline di 1-300-88-5454 untuk minta semak semula meter tu.

Gravatar Image
Touched Content Writers in 2013 and dive more deeply in 2014. Currently working at CaraMalaysia as an Content Writers. Let's connect!