Cara Cancel Auto Debit Maybank
Cara Cancel Auto Debit Maybank

Cara Batalkan Auto Debit Maybank Cancel Recurring

Auto debit Maybank juga dikenali sebagai pemindahan automatik, adalah cara yang mudah untuk membayar bil bulanan anda secara automatik tanpa perlu mengingatkan diri anda untuk membayar setiap bulan.

Walau bagaimanapun, terkadang kita mungkin perlu membatalkan Auto Debit untuk pelbagai sebab seperti menggantikan kaedah pembayaran, menukar akaun bank, atau hanya kerana tidak lagi memerlukannya.

Artikel ini akan memberikan panduan langkah demi langkah tentang cara untuk membatalkan auto debit Maybank dengan mudah.

Cara Batalkan Auto Debit Maybank

Nota: Pastikan anda mempunyai ID pengguna dan kata laluan yang sah untuk mengakses akaun Maybank2u anda.

Jika anda tidak mempunyai akaun Maybank2u, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum anda boleh membatalkan Auto Debit.

  1. Langkah pertama untuk membatalkan Auto Debit Maybank adalah dengan log masuk ke akaun Maybank2u anda.
  2. Setelah anda berjaya log masuk ke akaun Maybank2u anda, cari pautan Settings.
  3. Klik pada Pay & Transfer, cari Transfer Future & Recurring. Klik pada pilihan ini untuk meneruskan proses pembatalan Auto Debit.
  4. Anda akan dibawa ke halaman yang memaparkan senarai semua pemindahan masa depan dan berkala yang telah anda set sebelum ini. Carilah pemindahan yang ingin anda batalkan dan klik pada tanda X yang akan diletakkan di sisi pemindahan tersebut. Cara Batalkan Auto Debit Maybank
  5. Selepas anda tekan X pada pemindahan yang ingin anda batalkan, Anda akan diminta untuk mengesahkan pembatalan Auto Debit tersebut. Klik Yes.

Pertanyaan Mengenai Pembatalan Auto Debit Maybank

Kalau Anda ada sebarang masalah atau pertanyaan berkenaan pembatalan Auto Debit Maybank atau cara block kad debit Maybank, jangan risau.

Maybank menyediakan pelbagai cara untuk Anda mendapatkan bantuan atau maklumat yang diperlukan.

Berikut adalah beberapa cara untuk menghubungi Maybank jika Anda memerlukan bantuan:

1. Customer Care Hotline

Maybank menyediakan nombor telefon hotline yang boleh Anda hubungi untuk mendapatkan bantuan dari pasukan khidmat pelanggan mereka.

Berikut adalah nombor telefon yang boleh Anda hubungi:

  • 1-300 88 6688 (Malaysia): Nombor telefon ini sesuai untuk Anda yang berada di Malaysia. Anda boleh menghubungi nombor ini untuk mendapatkan bantuan daripada pasukan khidmat pelanggan Maybank.
  • +603-7844 3696 (Overseas): Kalau Anda berada di luar Malaysia, boleh gunakan nombor telefon ini untuk menghubungi Maybank. Mereka akan membantu Anda dengan sebarang pertanyaan atau masalah yang Anda hadapi.

2. Email

Selain daripada telefon, Anda juga boleh menghubungi Maybank melalui emel. Untuk perkara-perkara yang memerlukan penjelasan atau dokumen tertentu, emel mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.

mgcc@maybank.com.my Anda boleh hantar emel ke alamat ini untuk pertanyaan atau masalah berkaitan pembatalan Auto Debit Maybank.

Pastikan Anda sertakan maklumat yang mencukupi dalam emel Anda supaya pasukan khidmat pelanggan Maybank dapat membantu dengan lebih cepat dan efisien.

3. Social Media

Maybank juga aktif di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Kalau Anda lebih selesa menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi, Anda boleh mencari Maybank di sana.

Mereka biasanya akan merespon pertanyaan dan masalah melalui platform ini.

Auto Debit memang servis yang bagus, tapi ada masa kita perlu batalkan atau ubah seting. Cara batalkan Auto Debit Maybank ni tak susah pun, asalkan Anda ikut langkah-langkah yang diberikan.

Jadi, tak payah pening kepala nak fikir macam mana nak handle Auto Debit yang Anda dah taknak guna lagi.

Gravatar Image
Touched Content Writers in 2013 and dive more deeply in 2014. Currently working at CaraMalaysia as an Content Writers. Let's connect!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *