Cara Daftar Mengundi
Cara Daftar Mengundi

Cara Daftar Mengundi

Posted on

Adakah Anda tahu, bahawa daftar mengundi boleh dibuat melalui online dan di pejabat POS? Sekarang pendaftaran pengundi baru dan pertukaran alamat kawasan mengundi kini boleh dilakukan melalui portal MySPR Daftar dengan mudah secara online sehingga menjimatkan masa.

Mengundi merupakan hak setiap warganegara Malaysia yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Jadi, Anda tidak dapat mengundi jika nama Anda tidak disenaraikan dalam daftar pemilih. Sebelum Anda dibenarkan mengundi wakil rakyat pilihan Anda dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum, Anda perlulah mendaftarkan nama Anda sebagai pemilih.

Kerajaan baru sahaja mengumumkan kaedah baru untuk mempermudah rakyat Malaysia yang ingin ikut mengundi secara online. Dahulu, pendaftaran yang dilaksakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dibuat secara manual, sehingga banyak rakyat Malaysia yang tidak dapat ikut serta dalam mengundi ini.

Sistem Pendaftaran Pengundi SPR

Perlu Anda ketahui bahawa SPR membuat 2 jenis pendaftaran pemilih iaitu:

Pendaftaran Baru

Permohonan pendaftaran baru bagi rakyat Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pemilih buat kali pertama.

Pendaftaran Tukar Bahagian Pilihan Raya

Permohonan pemilih berdaftar untuk mendaftarkan alamat tempat tinggalnya yang baru. Jika pemilih berpindah ke tempat baru dan mendaftarkan pertukaran alamat tersebut di SPR, maka Bahagian Pilihan Raya beliau akan ditetapkan mengikut pendaftaran alamat baru itu.

Syarat Kelayakan

Sebagai rakyat Malaysia dan bakal pengundi, Anda mesti tahu syarat kelayakan pendaftaran pemilih yang dibenarkan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan
  • Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa
  • Mempunyai kad pengenalan

Cara Daftar Pengundi Online Melalui MySPR

Selepas Anda mengetahui syarat kelayakan untuk ikut mengundi, sekarang Anda mesti tahu langkah cara daftar mengundi online melalui portal MySPR.

MySPR merupakan portal online yang dapat di akses selama 24 jam, portal ini dapat digunakan untuk membuat semakan, pendaftar atau permohonan pertukaran alamat kawasan mengundi.

Langkah daftar melalui MySPR:

  1. Sila buka laman website https://mysprdaftar.spr.gov.my
  2. Klik Permohonan Akaun Baru
  3. Masukkan maklumat seperti Nama, Alamat, Email, No Telefon, Gambar depan kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan (selfie) Cara Daftar Mengundi Online
  4. Jika maklumat permohonan akaun pengguna telah disahkan, Anda boleh login MySPR Daftar untuk mengisi borang pendaftaran pemilih secara online.
  5. Selepas log masuk, sila klik Status Saya. Jika Anda belum didaftar sebagai pengundi/pemilih, klik Borang A (Pendaftaran Baru / Pertukaran Alamat) kemudian isikan kesemua maklumat yang diminta, selepas selesai klik butang Hantar.

Nota: Permohonan anda akan diproses dalam beberapa hari dan jika berjaya, anda akan menerima e-mel pengaktifan bersama dengan pengesahan TAC.

Semakan Daftar Pemilih Online

Jika Anda telah berdaftar sebagai pengundi atau pemilih online, sekarang Anda boleh buat semakan untuk mengetahui maklumat pengundian.

Cara semak daftar pemilih boleh ikuti cara yang kami kongsikan berikut:

  1. Klik pautan https://pengundi.spr.gov.my
  2. Isikan no kad pengenalan dan kod Captcha yang dipaparkan, klik Semak. Semakan Daftar Pemilih Online
  3. Maklumat peribadi dan kawasan mengundi akan dipaparkan dengan detail.
  4. Jika diperlukan, sila cetak dan simpan maklumat untuk rujukan.

Pertukaran Alamat Tempat Mengundi Online

Macam mana cara menukar alamat lama dengan yang baru di MySPR? jangan risau, caranya mudah sahaja. Portal MySPR bukan sahaja dapat membuat pendaftaran pemilih secara online, malah boleh juga memohon pertukaran alamat kawasan mengundi. Anda hanya perlukan beberapa langkah sahaja untuk kemaskini alamat tempat mengundi. Tapi sebelum itu, Anda mesti mempunyai akaun berdaftar di MySPR terlebih dahulu.

Jika Anda sudah mempunyai akaun MySPR Anda boleh ikuti cara buat permohonan pertukaran alamat di mySPR adalah seperti di bawah:

  1. Log masuk portal MySPR
  2. Klik menu Status Saya.
  3. Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
  4. Klik Contoh Alamat untuk melihat cara pengisian alamat yang betul.
  5. Buat pengesahan untuk alamat yang telah dikemaskini.
  6. Hantar permohonan dan tekan butang Mohon TAC.
  7. Sistem MySPR akan menghantar SMS nombor TAC ke handphone pemohon.
  8. Sila masukkan no TAC dan tekan butang Hantar
  9. Selepas itu, sistem akan membuat verifikasi dan paparan pada Status Saya akan dikemaskini.

Tukar Alamat Tempat Mengundi Secara Manual

Bagi yang ingin mendaftar sebagai pengundi secara manual, anda boleh hadirkan diri ke kaunter terdekat.

Langkah kemaskini alamat tempat mengundi secara manual:

  1. Pemohon hadir ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon pertukaran alamat pada MyKad.
  2. Pemohon perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti alamat baru seperti bil utiliti, cukai pintu, cukai taksiran, atau borang taksiran cukai pendapatan (pilih 1 sahaja).
  3. Pemohon juga boleh menggunakan perjanjian jual beli rumah atau resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak di daftarkan atas nama pemohon.
  4. Pemohon adalah diingatkan untuk membawa dokumen sokongan berkaitan dalam bentuk asal atau salinan yang diakui sah.
  5. Sekiranya pemohon tidak mempunyai dokumen yang dinyatakan diatas, pemohon perlu mendapatkan dokumen sokongan dari Ketua Kampung atau Tuai Rumah atau Penghulu atau ADUN atau Ahli Parlimen atau Majikan atau dokumen lain yang boleh membuktikan alamat terkini pemohon.

Lokasi Daftar Mengundi

Sila lawati lokasi daftar mengundi di bawah ini:

  1. Kaunter Pendaftaran Pemilih
    Ibu Pejabat SPR Malaysia
    Aras G, Menara SPR
    No.2, Jalan P2T, Presint 2
    62100 Putrajaya
  2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  3. Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  4. Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
  5. Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
    Sila klik pada http://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission
  6. Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Cara Daftar Pengundi di Pejabat POS

Cara mendaftar melalui pejabat pos sangat mudah, tak sampai 5 minit dah siap, caranya:

  1. Ambil nombor, setelah nombor dipanggil, bagitahu pegawai bahawa Anda ingin daftar sebagai pengundi.
  2. Berikan IC/MyKad Anda kepada pegawai.
  3. Tidak perlu isi borang, kerana semuanya akan di key-in kedalam laptop/komputer oleh pegawai yang bertugas di kaunter.
  4. Selepas borang siap diisi kemudian dicetak, Anda hanya perlu turunkan tandatangan dan cap jari.
  5. Selesai.

Semoga maklumat yang kami kongsikan diatas dapat membantu Anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *