Cara dan syarat permohonan masuk SMA MAIWP untuk tahun 2021

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.

Syarat-syarat permohonan

  • Memperoleh 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA.
  • Boleh membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
  • Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
  • Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.

Kemudahan SMA MAIWP

  • Blok Akademik
  • Blok Asrama 10 Tingkat
  • Dewan Serbaguna
  • Auditorium
  • Perpustakaan
  • Makmal Komputer
  • Makmal Sains
  • Surau
  • Taman Riadah
  • Padang Bola Sepak
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Takraw

Cara permohonan

Permohonan dibuka dari 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020. Permohonan dilakukan sepenuhnya secara dalam talian (online). Pemohon boleh membuat permohonan di laman iSMAM MAIWP 2021 atau klik sini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *