Shuib dipanggil ke SPRM: Tapi apa itu pengubahan wang haram sebenarnya?

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasangan selebriti Shuib dan isterinya, Siti Sarah telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan mereka.

Ketika dihubungi media, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan ada pasangan selebriti yang dipanggil pihaknya, tapi enggan mengulas lanjut mengenai hal itu. Dalam masa sama, ia juga menimbulkan persoalan kepada kita semua tentang apa itu sebenarnya penggubahan wang haram?

Secara umumnya, pengubahan wang haram atau money laundering adalah tindakan atau proses menyembunyikan asal-usul wang yang diperoleh secara tidak sah dengan melalui urutan kompleks pemindahan perbankan atau melalui transaksi komersial.

Selain itu, ada juga yang mentafsirkan pengubahan wang haram sebagai:

“Proses menukarkan perolehan yang dijana daripada kegiatan haram bertujuan untuk memberi satu ‘penampilan yang sah’ di sisi undang-undang”.

Menurut Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), kegiatan pengubahan wang haram global telah meningkat sebanyak dua hingga lima peratus setiap tahun. Aktiviti ini juga telah lama berlaku di negara maju seperti Amerika Syariakt dan kini kian menular di negara-negara membangun seperti Malaysia.

Sumber:

  1. Utusan Malaysia
  2. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
  3. Bank Negara Malaysia (BNM)
  4. Pengubahan Wang Haram di Malaysia: Analisis Kes Mahkamah (UKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *