Cara mohon dan FAQ BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)

Seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, kerajaan sekali lagi akan memperuntukkan dana bagi program Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lebih lanjut berkenaan bantuan berkenaan:

Kategori dan fasa bayaran BPN 2.0.

Kepada yang pernah menerima BPN sebelum ini, anda tidak perlu membuat sebarang permohonan baru kerana bayaran ini akan secara automatik dimasukkan ke akaun anda yang berdaftar dalam sistem. Bagaimanapun, kepada ingin mengemukakan permohonan baru, ia boleh dibuat bermula pada 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan/Pusat Khidmat Hasil (PKH)/UTC LHDNM. Borang boleh dimuat turun dari pautanĀ https://bpn.hasil.gov.my.

Jika bayaran dibuat ke akaun tidak aktif?

Anda boleh menuntut bayaran berkenaan secara tunai di mana-mana Cawangan BSN setelah nombor siri wujud pada paparan semakan. Semakan boleh dibuat pada portal rasmi BPN: https://bpn.hasil.gov.my. Penerima BPN2.0 perlu memastikan data akaun bank adalah tepat bagi memastikan pembayaran dapat disalurkan ke akaun yang betul.

Bila semakan status boleh dibuat?

Penerima BPN sebelum ini (sedia ada) yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my.

Penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk di laman rasmi LHDN BPN atau klik sini (PDF).

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *