Ini dia cara update ke IOS 14 dan senarai iPhone yang boleh

Kalau anda sedang menunggu IOS 14, kini nampaknya ada berita gembira untuk anda semua kerana Apple telah pun melancarkan perisian baru itu dan jika peranti anda sesuai – anda kini boleh mengkemaskini (update) ke IOS 14. Berikut adalah model iPhone yang boleh dikemaskini ke IOS 14:

  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE (1st generation)
  • iPhone SE (2nd generation)
  • iPod touch (7th generation)

Manakala, ini pula adalah tatacara untuk mengkemaskini iPhone anda ke IOS 14:

  1. Back-up dahulu iPhone anda – walaupun kemaskini ini dijangkan stabil dan tiada banyak masalah, tetapi anda masih disaran untuk back-up bagi tujuan keselamatan.
  2. Muat turun di bahagian Setting – pergi ke bahagian General dan kemaskini ke IOS 14.
  3. Sekiranya anda belum mengemaskini perisian lain, anda mungkin perlu melakukannya sebelum beralih ke iOS 14.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *