Cara mohon bantuan bulanan RM350 untuk warga emas

Sebagai sebuah negara yang menjaga kebajikan rakyatnya, semua lapisan umur di negara ini tak mengira tua dan muda layak dibantu oleh kerajaan. Maka kerana itulah jika ada yang belum tahu, warga emas (berumur 60 tahun ke atas) juga kini layak menerima bantuan bulanan sebanyak RM350. Berikut adalah syarat layak memohon Bantuan Orang Tua (BOT):

  • berumur 60 tahun dan ke atas
  • tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Cara memohon:

  • Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal.
  • Sekiranya pemohon menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon atau email.
  • Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (klik sini).
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian
  • Bawa salinan kad pengenalan pemohon, salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).

Maklumat lanjut permohonan boleh didapati di laman rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau klik di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *