Cara mohon masuk Kolej Vokasional 2021 online

Permohonan untuk masuk Kolej Vokasional kini boleh dibuat secara online dengan melayari laman sesawang http://www.moe.gov.my. Permohonan kemasukan ini dibuka dari 7 September hingga 2 Oktober 2020. Antara jenis program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
  • Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Ini adalah syarat-syarat umum dan khusus kemasukan ke Kolej Vokasional tahun 2021 :

  • Calon adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM pada Tahun 2020.
  • Calon mestilah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK).
  • Calon menduduki Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan.
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/ BUTA WARNA.
  • Calon berminat dengan program dipohon.

Calon juga sekurang-kurang perlu memperoleh Tahap Penguasaan 3 (Pentaksiran Bilik Darjah – PBD) bagi mata pelajaran:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains
  • Reka Bentuk dan Teknologi/ Asas Sains Komputer

Mohon secara online

Permohonan dibuat secara online melalui laman KPM https://spskt4.moe.gov.my.

Semak keputusan

Semakan untuk pengambilan 2021 akan diumumkan pada 5 Februari 2021 di pautan https://spskt4.moe.gov.my.

Pemohon digalakkan untuk melayari laman rasmi KPM untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *