Cara mohon telefon pintar percuma B40

Akibat pendemik yang melanda, kini para pelajar perlu menyesuaikan diri dengan pendidikan atas talian (online) bagi mengurangkan kadar keberjangkitan. Bagaimanapun, bukan semua pihak memiliki kemudahan yang sama, terutamanya telefon pintar dan data internet.

Tapi nampaknya, keadaan itu dapat diatasi dengan inisiatif yang diperkenalkan oleh YTL Foundation iaitu dengan memperkenalkan bantuan pemberian telefon pintar percuma kepada keluarga B40 supaya anak-anak mereka boleh belajar di rumah. Jika anda mengenali mana-mana murid yang dirasakan layak atau anda memang dari keluarga B40, anda digalakkan memohon untuk mendapatkan telefon percuma dengan data 120GB (10GB / sebulan selama 12 bulan) tersebut.

Berikut adalah tatacara pencalonan murid:

  1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
    1. Nombor MyKid/MyKad murid
    2. Nombor MyKad Ibubapa
    3. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
  2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’
  3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

Permohonan kemudiannya boleh dibuat di laman https://appform.prod.frogdev.asia/ atau klik sini.

Semakan permohonan boleh dibuat di laman https://lcs.yes.my/ atau klik sini.

Untuk maklumat lebih lanjut layari laman rasmi YTL Foundation.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *