Cara daftar undi online dengan sistem SPR

Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi, telah menjadi tanggungjawab kita untuk mengundi bila tibanya pilihan raya. Bagaimanapun, tak dapat dinafikan juga terdapat masih ramai yang belum berdaftar sebagai pengundi. Kini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memperkenalkan kaedah pendaftaran mengundi dengan lebih mudah melalui atas talian (online).

Berikut adalah tatacaranya:

PRA-SYARAT

  • Seorang warganegara Malaysia;
  • Telah mencapai umur 21 tahun;
  • Bermastautin di bahagian pilihan raya yang ingin didaftarkan; dan
  • Tidak dihalang/hilang kelayakan oleh undang-undang yang
    berkuatkuasa

Maklumat tambahan semasa pendaftaran MySPRDaftar

  • Nombor Telefon Bimbit yang sah;
  • E-mel yang sah;
  • Gambar depan Kad Pengenalan; dan
  • Gambar swafoto bersama Kad Pengenalan;

Cara permohonan akaun

  • Layari http://www.spr.gov.my. Tekan butang “MYSPR DAFTAR”.
  • Atau layari terus https://mysprdaftar.spr.gov.my/.
  • Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan. Tekan butang “PERMOHONAN AKAUN BARU”
  • Skrin Permohonan Akaun Pengguna akan dipaparkan
  • Masukkan No. Kad Pengenalan.
  • Masukkan Nama seperti dalam kad pengenalan.
  • Masukkan No. Telefon Bimbit.
  • Masukkan E-mel.
  • Masukkan Katalaluan dan Pengesahan Katalaluan
  • Masukkan Soalan Keselamatan dan Jawapan Keselamatan.
  • Klik “Contoh Alamat” untuk melihat cara pengisian alamat.
  • Masukkan alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan.
  • Klik “Contoh Gambar” untuk melihat contoh gambar kad pengenalan dan gambar swafoto bersama kad pengenalan yang dibenarkan.
  • Muat naik gambar kad pengenalan.
  • Muat naik gambar swafoto bersama kad pengenalan.
  • Masukkan Captcha
  • Tanda  Saya telah membaca syarat-syarat kelayakan . . .
  • Tekan butang “Hantar”
  • Dialog Notifikasi akan dipaparkan.
  • Tekan butang “PASTI”

Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.

  • Permohonan yang dihantar pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bekerja, permohonan akan diproses pada hari yang sama sebelum jam 5.30 petang.
  • Permohonan yang dihantar selepas jam 12.00 tengah hari bekerja permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.
  • Permohonan yang dihantar pada Sabtu, Ahad atau Hari Kelepasan Am, permohonan akan diproses pada hari bekerja berikutnya sebelum jam 5.30 petang.

Setelah menerima email, pemohon harus mengaktifkan akuan dan setelah itu Log Masuk kembali ke dalam sistem SPR untuk mendaftar sebagai pengundi. Setelah itu, ikut sahaja arahan yang berikan dengan memberikan maklumat diri, alamat, tempat mengundi dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut layari laman SPR atau klik sini (PDF) untuk panduan lengkap pendaftaran.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *