PRU hampir dekat? Ini cara-cara daftar mengundi di Pejabat POS

Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan demokrasi, kita perlulah menunaikan tanggungjawab kita sebagai pemilih bila tibanya Pilihan Raya. Pada asasnya, terdapat beberapa cara untuk mendaftar sebagai pengundi dan antara yang menjadi pilihan adalah melalui PEJABAT POS.

Berikut adalah tatacara mendaftar sebagai pengundi di PEJABAT POS:

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Menetap di mana-mana bahagian Dewan Undangan Negeri dan Parlimen di Malaysia
  • Tidak hilang kelayakannya di sisi undang-undang (seperti bukan warganegara)

Tatacara pendaftaran di PEJABAT POS:

  • Datang sendiri ke Pejabat Pos berhampiran
  • Membawa kad mengenalan
  • Ambil nombor dan tunggu
  • Setelah dipanggil, katakan kepada pegawai bertugas bahawa anda ingin mendaftar sebagai pengundi
  • Anda tidak perlu isi sebarang borang, kerana semuanya akan diisi ke dalam komputer oleh pegawai yang bertugas.
  • Selepas borang selesai dicetak, ada perlu turunkan tandatangan dan cap jari.

Tempoh pengesahan pendaftaran:

Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.

Maklumat tambahan:

Anda juga boleh menggunakan resit JPN KPPK yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara jika IC anda dalam proses pembuatan kerana hilang atau rosak.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pautan ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *