Cara keluarkan duit ASB secara ONLINE tanpa perlu pergi ke bank

Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sememangnya agak sukar untuk kita mengeluarkan simpanan ASB melalui atas talian (online). Bagaimanapun, keadaan kini berubah apabila kita sudah boleh mengeluarkan simpanan ASB melalui online tanpa pergi ke mana-mana cawangan bank atau Pejabat Pos.

Caranya, dengan melalui portal www.myasnb.com.my,  di mana wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit. Berikut adalah tatacaranya:

  1. Log masuk ke portal www.myasnb.com.my
  2. Klik pada menu Portfolio
  3. Klik pada butang Transaksi
  4. Pilih Jualan Balik
  5. Tanda pada bahagian persetujuan
  6. Kemudian anda akan dibawa ke page Jualan Balik dan di sana anda boleh memasukkan amaun yang ingin dikeluarkan
  7. Amaun itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda daftarkan dengan ASNB dan jika maklumat itu betul maka pilih setuju.
  8. Klik pada permintaan no TAC
  9. Masukkan no TAC dan teruskan
  10. Transaksi anda kini berjaya

Bagaimanapun, masih terdapat beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak ASNB antaranya:

  • Pengeluaran dihadkan kepada RM500 sahaja sebulan
  • Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.
  • Anda perlu mendaftar sebagai pengguna myASNB terlebih dahulu sebelum menggunakan kemudahan ini.

Untuk maklumat lanjut boleh sila lihat di laman rasmi Amanah Saham Nasional Berhad atau dipautan ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *