Cara dan panduan permohonan masuk SBP 2021 untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4

Kementerian Pendidikan Malaysia secara rasminya telah membuka permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tahun 2021. Ia terbuka kepada bakal tingkatan 1 dan tingkatan 4 pada tahun 2021. Kepada para pelajar dan ibu bapa, permohonan masuk tersebut boleh dibuat di lamab rasmi KPM pada pautan ini.

Panduan Am permohonan:

  1. Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon dengan BIMBINGAN IBUBAPA/PENJAGA/GURU. Pemohon TIDAK DIGALAKKAN mengisi borang secara bersendirian.
  2. Pemohon dikehendaki mengisi semua MAKLUMAT yang diperlukan dengan BETUL dan TEPAT.
  3. Kesilapan mengisi borang permohonan adalah tanggungjawab pemohon DAN BOLEH MENYEBABKAN PERMOHONAN TIDAK DIPERTIMBANGKAN.
  4. Pemohon dikehendaki menyemak semua maklumat yang diisi dengan teliti sebelum mencetak. PENGEMASKINIAN BOLEH DILAKUKAN SEHINGGA TARIKH TUTUP PERMOHONAN.
  5. Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) akan dilaksanakan kepada semua murid yang memohon sebagai syarat UTAMA kemasukan ke Sekolah Khusus. PKSK akan dilaksanakan dalam tempoh 12 hingga 23 Oktober 2020TIADA PKSK ULANGAN akan dilaksanakan

Panduan khusus permohonan: 

  1. Pemohon dikehendaki memasukkan No. MyKid / MyKad Pemohon dan No. Pengenalan Diri Penjaga Utama dan tekan klik Untuk Login.
  2. Maklumat pemohon yang telah dipaparkan adalah maklumat padanan daripada Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Kementerian Pendidikan Malaysia. Jika terdapat maklumat yang tidak tepat, sila berhubung dengan pihak sekolah pemohon untuk kemaskini maklumat. Maklumat yang telah dipinda dalam APDM akan dikemaskini dalam sistem permohonan ini secara automatik.
  3. KEMAHIRAN JAWI – Sila nyatakan tahap kebolehan membaca dan menulis Jawi pemohon dengan memilih ruang berkaitan, berdasarkan butiran yang dipaparkan.
  4. KEMAHIRAN AL-QURAN – Sila nyatakan tahap pencapaian membaca Al-Quran pemohon dengan memilih ruang berkaitan, berdasarkan butiran yang dipaparkan.
  5. KELAYAKAN SIJIL AGAMA – Sila nyatakan sijil agama yang diperolehi berdasarkan pencapaian tertinggi mengikut pilihan yang diberi.
  6. PENYAKIT/ ALAHAN – Sila nyatakan penyakit/ alahan pemohon dengan memilih maklumat berkaitan berdasarkan butiran yang dipaparkan.
  7. ALUMNI PENDIDIKAN MENENGAH BAPA – Pilih SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) atau SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA). Nyatakan nama SBP/ SMKA berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
  8. ALUMNI PENDIDIKAN MENENGAH IBU – Pilih SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) atau SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA). Nyatakan nama SBP/ SMKA berkenaan dengan membuat pilihan yang telah disediakan.
  9. EMEL – Sila masukkan alamat emel pemohon/ ibu/ bapa/ penjaga utama yang aktif.
  10. PENCAPAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) – Sila lengkapkan maklumat tahap penguasaan bagi semua mata pelajaran Tahun Enam (6) yang berkenaan dan telah dikemaskini sehingga 31 Ogos 2020.
  11. AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM – MAKLUMAT KEPIMPINAN Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan pemohon yang berkaitan.
  12. KEGIATAN KO-KURIKULUM – Sila nyatakan pencapaian dan penglibatan pemohon yang berkaitan.
  13. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK (PPsi) – Sila masukkan skor terkini Pelaporan Pentaksiran Psikometrik, Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKeP) Tahun Enam (6) 2020 pemohon.
  14. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 1 – JENIS SEKOLAH KHUSUS. Sila nyatakan jenis sekolah khusus pilihan pemohon seperti keterangan berikut: Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
  15. BERMINAT MENGIKUTI DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP). Pilih YA/TIDAK.
  16.  PAKEJ MATA PELAJARAN. Pilihan pakej mata pelajaran adalah seperti berikut:
    Jenis Sekolah Khusus Pakej Mata Pelajaran yang ditawarkan
    Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    1. Sains
    2. Agama
    3. Tahfiz Model Ulul Albab
    Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    1. Agama
    2. Tahfiz Model Ulul Albab
  17. NEGERI – Sila nyatakan NEGERI sekolah pilihan pemohon.
  18. NAMA SEKOLAH – Sila nyatakan sekolah pilihan pemohon. *Pemohon TIDAK BOLEH memilih sekolah yang sama sebagai pilihan sekolah khusus.
  19. JARAK DARI RUMAH KE SEKOLAH – Nyatakan pilihan anggaran jarak seperti tertera dari tempat tinggal pemohon ke sekolah pilihan.
  20. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 2 – Rujuk perkara 13.1 hingga 13.6.
  21. PILIHAN SEKOLAH KHUSUS 3 Rujuk perkara 13.1 hingga 13.6.
  22. PILIHAN PUSAT PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) 
  • 22.1 NEGERI PILIHAN
    Sila nyatakan negeri pilihan untuk menduduki PKSK.
  • 22.2 PPD PILIHAN
    Sila nyatakan daerah pentadbiran PPD pilihan untuk menduduki PKSK.
  • 22.3 PILIHAN PUSAT PKSK
    Sila nyatakan Pusat PKSK pilihan.

PERAKUAN PEMOHON. Sila klik pada pernyataan yang berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi KPM atau di pautan ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *