Cara Mengatasi Rasa Letih Kerja Dan Belajar

Kalau kereta rosak cepat-cepat kita hantar pergi bengkel.Tapi kalau badan kita rasa nak demam,malas pula nak gi kedai beli panadol,lebih pentingkan kereta nampak?

Bukan sahaja kereta yang perlu diselenggara,badan kita pun sama juga perlukan penjagaan rapi,jika kita sering merasa letih,kurang semangat,kita perlu berbuat sesuatu dengan ikut langkah-langkah dibawah :


Langkah Pertama
Adakah kita susah bangun pagi?Merasa letih ketika kerja dan belajar?Padahal bila tengok kawan-kawan sekeliling bukan lagi ceria dan semangat,mungkin kamu perlu check dibawah ni

Kamu keletihan ..

1. Mudah Marah atau sensitif
2. Demam atau selsema
3. Murung,lesu tak bersemangat langsung
4. Badan sejuk panas dan pucat

Punca gejala diatas adalah kemungkinan

1. Tak cukup tidur
2. Mononucleosis (juga dipanggil "mono")
3. Kemurungan (Depresi)
4. Anemia atau kekurangan zat besi

Cara Mengatasi Rasa Letih Kerja Dan Belajar

Ok  selepas kita mengetahui punca kita rasa letih kerja dan belajar,jom kita atasi masaalah ini.

Tubuh kita perlukan 9 jam tidur untuk rehat yang berkualiti.Pastikan kita tidur mengikut jadual pada jam yang sama hingga kita menjadi terbiasa.

Dengan pelbagai peristiwa kehidupan,sesekali kita rasa sedih itu wajar,tapi kalau sampai hilang selera makan,kita dah perlukan doktor dan terapi mungkin membantu.

Makanan kurang seimbang hingga kekurangan zat besi boleh mengurangkan oksigen dalam badan,Ini yang membuatkan badan kita sering sahaja letih.Jom kita cari daging merah atau kekacang,

Langkah Kedua

Apa perangai buruk kita yang dah menjadi tabiat sehari-hari.

Terlebih Tidur
Sememangnya tidur adalah enak.Tapi dengan merehatkan diri terlebih tidur boleh membuat otak kita menjadi letih.Bangun tidur membuat kita jadi semakin lemas

Makanan Ringan
Sering makan makanan ringan memburukkan lagi keadaan.Makanan bergoreng buat tubuh kita terlebih tenaga pulak untuk mencernanya,

Suka Menonton TV
Bermalasan menonton tv sambil makan?
jom kita ubah cara kita menonton dengan lebih sihat,caranya adalah buat senaman ringkas ketika iklan,setiap kali iklan tak habis kita jangan berhenti lompat tali,pumping atau lain-lain.

0 comment... add one now