Cara Hilangkan Belang Akibat Cahaya Matahari Pada Kulit

Cuaca panas di negara asia membuatkan kulit kita sering terdedah kepada cahaya matahari.Pancaran uv akan membakar kedalam kulit membuatkan kulit kita bertukar menjadi gelap dan berbelang.Belang tersebut jelas kelihatan sekiranya kita memakai seluar dan baju dalam.

Agak memalukan apabila belang gelap dan cerah jelas kelihatan.Dibawah ini ada beberapa cara untuk mengatasi kulit kita berbelang akibat terik sinar mahatari.

1.Pakai Sunblock 
-Langkah ini adalah paling sesuai untuk kulit kembali semula pada warna yang asal.Sunblock berfungsi untuk menghalang sinar matahari dari terus membakar kulit anda seterusnya buat kulit jadi berbelang-belang.Semakin tinggi SPF Sunblock,semakin berkesan pada kulit putih anda.Pilihla SPF yang diatas 30 untuk kualiti yang lebih baik.

2.Pilih Pakaian Yang Sesuai
-Cuaca yang panas memang rimas kalau kita pakai baju lengan panjang,namun tak salah sekiranya kita pilih baju lengan panjang yang nipis asalkan sinaran UV tidak secara langsung membakar kulit anda,Menggunakan payung sangat sesuai ketika dalam proses hilangkan belang pada kulit anda.

3. Guna Daun Aloe Vera Atau Lidah Buaya
Ramai yang dah tahu daun lidah buaya sangat berkhasiat untuk kulit kita,Caranya mudah sekali,hanya sapu gel dalam daun lidah buaya pada kulit kita  yang berbelang belang,Kulit kita juga akan rasa sejuk selepas disapu gel semula jadi ini.

4. Minum Banyak Air Putih
Jangan lupa air adalah ubat semula jadi paling mujarab,tanpa air kulit anda akan kering kusam dan tubuh akan dehidrat.Minum air yang secukupnya untuk hilangkan belang lebih cepat.

0 comment... add one now