Cara Buat Surat Permohonan Cuti Raya

Hari Raya yang menjelma tak lama lagi pasti mengundang gelisah kepada kita yang tidak dapat bercuti.Majikan anda perlu faham keperluan anda untuk beraya bersama keluarga.Namun begitu anda mestilah membuat surat permohonan cuti Raya.Berikut dibawah ini disedia CARA BUAT SURAT PERMOHONAN CUTI RAYA.


NAMA DAN ALAMAT

kepada

Majikan anda.


Tuan,

PEREMOHONAN CUTI RAYA SELAMA ................HARI

Merujuk kepada perkara diatas.
Saya seperti nama dan alamat di atas memohon cuti raya selama dua hari, iaitu pada..................hingga ...................................

Tujuan saya memohon cuti ini kerana ...................................................................................

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan cuti tersebut. 



Sekian terima ksih


Yang benar




Dibawah ini juga adalah contoh surat Rasmi Permohonan Cuti Raya

Surat Mohon Cuti Raya Haji dan penangguhan hari

Dr. Azman Bin Embong,
Ketua
Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik,
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
 


Elhamsah Bin Alif,
Ketua Pelajar ,
Sains Bioperubatan Tahun 3,
Universiti Kebangsaaan Malaysia                                                                                        2 Oktober 2013
                                                                                              
Tuan,

PERMOHONAN CUTI RAYA HAJI SELAMA SEHARI

Merujuk kepada perkara diatas, Saya Elhamsah Bin Alif /Mo.Matrik (IC no.),mewakili pelajar Sains Bioperubatan Tahun 3 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)  untuk memohon cuti selama sehari, iaitu pada 14 Oktober 2013 bersamaan hari Isnin sehari sebelum Raya Haji yang akan bertarikh 15 Oktober 2013.

2.   Tujuan kami  memohon cuti pada hari Isnin tersebut kerana ingin memberi peluang kepada pelajar yang beragama Islam untuk pulang ke kampung terutama yang tinggal berjauhan untuk menyambut Hari Raya Haji. Sehubungan itu, kami memohon cuti sehari dan ditangguhkan Kursus Diagnosis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang bertarikh pada 14 Oktober 2013.

3.  Dengan ini saya lampirkan senarai nama pelajar yang memohon cuti pada hari tersebut. (LAMPIRAN 1)

4. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar pihak Tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan cuti tersebut.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,



(Elhamsah Bin Alif)
Ketua Pelajar ,
Sains Bioperubatan Tahun 3,

Universiti Kebangsaaan Malaysia              

0 comment... add one now